Saturday, September 25, 2010

Bab Hamzatain Min Kalimatain

Imam Abu Jaafar dan Ruwais membaca dengan tashil hamzah yang kedua pada semua tempat. Dan terdapat perbezaan antara bacaan Abu jaafar dengan Qalun.

Pada bait yang kedua, rawi Rauh sepakat membaca dengan tahqiq di semua tempat yang dibaca tashil oleh imam Abu Jaafar dan Ruwais.

Apabila bertemu dua huruf hamzah Qata’ yang berbeza baris dalam dua kalimah, maka Imam Ruwais akan baca seperti berikut:

- Seperti kalimah تفىءَ إِلى , huruf hamzah pertama berbaris fathah & huruf hamzah kedua berbaris kasrah, maka dibaca dengan tashil hamzah yang kedua.

- Seperti kalimah (جاءَ أُمة) , huruf hamzah pertama berbaris fathah & huruf hamzah kedua baris dhommah, maka dibaca dengan tashil hamzah kedua.

- Seperti kalimah (السفهاءُ أَلا), huruf hamzah pertama berbaris dhommah & huruf hamzah kedua baris fathah, maka dibaca dengan ibdal(tukar) hamzah kedua dengan huruf Wau(و) menjadi
(السفهاءُ وَلا).

- Seperti kalimah (من السماءِ أَوائتنا), huruf hamzah pertama berbaris kasrah & huruf hamzah kedua berbaris fathah, maka dibaca dengan ibdal(tukar) hamzah kedua dengan huruf Ya(ي) menjadi
(من السماءِ يَوائتنا)

- Seperti kalimah (يشاءُ إِلى), huruf hamzah pertama berbaris dhommah & huruf hamzah kedua baris kasrah, maka dibaca dengan dua wajah iaitu:

(1) Tashil huruf Hamzah kedua.
(2) Ibdal huruf hamzah kedua dengan huruf Wau(و) menjadi (يشاءُوِلى)

Imam Rauh baca dengan tahkik pada kedua-dua bahagian sama ada sama baris atau tidak sama.


Mohd Hafsan Bin Ismail
M101181619

No comments:

Post a Comment