Monday, September 20, 2010

Bab ha' kinayah

باب الهاء الكنا ية

وسكن يؤده مع نوله ونصله ونؤته والقه ال والقصر حملا
كيتقه زامدد جد وسكن به وير ضه جا وقصر حم والاشباع بجلا
وياءته اتى يسر وبالقصر طف وار جه بن واشبع جد وفى الكل فانقلا
وفى يده اقصر طل وبن ترزقانه وها اهله قبل امكثوا الكسر فصلا

Imam Jaafar mensukunkan haa kinayah pada lima perkataan seperti berikut:
1. يؤده اليك ) ( - dua tempat di dalam surah ali imran.

2. ( نوله ما تولي)- satu tempat di dalam surah an nisaa’.

3. (ونصله) - satu tempat di dalam surah an nisaa’

4. (منها ونؤته ) - dua tempat di dalam surah ali imran dan satu tempat di dalam surah as syuraa’

5. (فالقه ) - satu tempat di dalam surah an naml



> Imam Yaakob pula mengikhtilaskan haa pada kesemua tempat tersebut. Adapun ibnu jammaz pula mengikhtilaskan haa pada kalimah (يتقه) di dalam surah an nuur sahaja. Dan tetapi ibnu wardan pula mensukunkan haa pada kalimah tersebut.

>ibnu jammaz mensukunkan haa pada kalimah ini (وير ضه) dan adapun pula imam Yaakob mengqosorkannya. Dan imam wardan mengisbaa’kan serta mengdommahkan haa padanya dan kemudiannya mengatofkannya.

> Ibnu Jaafar dan ruh mengiisbaa’kan harkat haa pada kalimah (ومن ياءته مؤمنا ) pada surah toha kerana mengatofkan akan panjangnya. Akan tetapi ruwais mengqosorkan haa pada kalimah tersebut.

> Ibnu Wardan mengqosorkan haa pada kalimah ( ارجه ) satu tempat di dalam surah al a’raaf dan satu tempat pada surah as syuraa’.Ibna Jammaz seperti Warsy juga mengkasrahkannya pada kedua- dua tempat tersebut tetapi imam Yaakob seperti abu amru mengqosorkannya.

> Kholaf mengisbaa’kan harkat haa dengan dommah dan kasrah pada kesemua tempat di dalam al quran iaitu pada kalimah ( يؤده اليك ).

> Ruwais mengqosorkan haa pada kalimah ( بيده عقدة النكاح ) dan ( بيده فشربوا منه ) dua tempat dalam surah al baqarah dan satu tempat di surah mukminuun dan surah yasin pada ayat ( بيده ملكوت كل شئ قدير ).

>Ada pun Ibnu Wardan mengqosorkan haa pada ( ترزقانه ) di dalam surah yusuf dan kholaf pula mengkasrahkan haa pada dua tempat di dalam surah toha dan pada surah qosos iaitu pada ( لاهله امكثوا ).

(sofian)

No comments:

Post a Comment