Sunday, October 31, 2010

BAB 3 DAN PENUTUP

BAB 3:
CARA MEMPERKEMBANGKAN LAGI QIRAAT DI MALAYSIA
Adalah wajar pihak-pihak tertentu mengambil langkah dan usaha ke arah memperluaskan lagi penyebaran ilmu tajwid kepada masyarakat terutama masyarakat Islam di Malaysia. Untuk itu beberapa pandangan dan langkah perlu diambil kira dalam menjayakan usaha tersebut, antaranya: Pihak Kementerian seharusnya memasukkan mata pelajaran ilmu tajwid dalam sukatan pelajaran di sekolah rendah dengan lebih terperinci.
Ini kerana buat masa sekarang pelajaran ilmu tajwid hanya diajar secara umum di sekolah rendah, tidak terperinci seperti sukatan pelajaran yang dahulu. Itupun diterapkan semasa murid berada di tahap 2 sahaja.
Pihak kementerian juga seharusnya memperkembangkan kelas- kelas aliran pengajian tahfiz kepada pelajar-pelajar peringkat menengah. Ini kerana kebanyakan kelas tahfiz diambilalih oleh pihak swasta atau kerajaan negeri sepertimana Maahad Sains Tahfiz yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Walhal kelas seperti ini sepatutnya wujud dalam semua negeri di seluruh Malaysia.
Selain itu, menggalakkan pembacaan al-Quran bertajwid kepada golongan dewasa dengan mengadakan pertandingan bacaan al-Quran secara bertajwid samada di peringkat kampung, daerah, negeri dan lain-lain. Ini akan menggalakkan golongan dewasa berminat untuk mempelajari ilmu tajwid.
PERANAN INSTITUSI-INSTITUSI YANG TERLIBAT
Darul Quran dan Maahad Tahfiz menunaikan fardu kifayahnya dengan menjadi satu pusat untuk mengembangkan ilmu Qiraat terhadap masyarakat. Dengan menunaikan tuntutan ini juga maka ia merupakan satu usaha ke arah memelihara al-Quran dari sebarang penyelewengan dengan melahirkan generasi huffazul Quran yang berpendidikan dunia dan akhirat, Melalui pendidikan di Darul Quran juga akan melahirkan insan yang mempunyai personaliti yang tinggi.

Pendidikan di Darul Quran dan Maahad Tahfiz juga bertujuan melahirkan pelajar dalam bidang tahfiz dan Qiraat. Seterusnya para pelajar di sini juga di beri pendedahan dengan ilmu dakwah dari segi kepimpinan, metodologi, komunikasi dan psikologi dakwah di mana dengan ini akan melahirkan generasi pendakwah yang akan dapat menjana masyarakat Islam yang berilmu dan dapat menjadi insan yang terpuji.
Darul Quran memainkan peranan yang penting ke arah melahirkan para huffaz dan du’at yang berkemahiran dalam bidang al-Quran seterusnya berwibawa dan berketrampilan melalui program Diploma Tahfiz Al-Quran dalam kerangka membina ummah yang berkualiti.
Darul Quran dan Maahad Tahfiz juga berobjektifkan untuk melahirkan golongan professional yang hafiz, generasi yang bertakwa, berilmu dan bermanfaat serta mahir lagi berketrampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara. Pendidikan di Darul Quran dan Maahad Tahfiz turut menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan generasi cendekiawan yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman kegemilangan keilmuan Islam.
Pada 16 April 1983 graduan-graduan dari Darul Quran telah diberi pengiktirafan oleh JPA setaraf dengan diploma Universiti Institut Teknologi Mara bagi membolehkan pelajar-pelajar lepasan Darul Quran ini menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam atau swasta sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau jawatan lain dalam bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, berwibawa serta mempunyai personality yang tinggi. Ia juga diiktiraf oleh universiti dalam dan luar Negara, khususnya di Timur Tengah.
Graduan Darul Quran berpeluang mengikuti program ijazah Pertama di pusat-pusat pengajian tinggi seperti :

1-Maahad Qiraat Al-Azhar Al-Syariff
2-Universiti Malaya
3-Universiti Kebangsaan Malaysia
4-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
5-Kolej Universiti Islam Malaysia
6-Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kassim, Sumatera, Indonesia.


Manakala lepasan SPM dari Maahad Tahfiz, pelajar bebas memilih IPTA/IPTS dalam dan luar negeri mengikut cita-cita masing-masing. Pelajar yang lulus dalam peperiksaan STAM pula boleh memilih mana-mana institut pengajian di Timur Tengah, seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Madinah, Jordan dan lain-lain. Pelajar yang menduduki peperiksaan STTQ pula berpeluang untuk menyambung pengajian secara terus dalam bidang Quran & Qiraat di Universiti Al-Azhar Cawangan Shoubra, Mesir.
Secara ringkasnya Darul Quran dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat serta institusi seumpamanya yang ditubuhkan di setiap negeri samada di bawah kerajaan persekutuan, negeri atau persendirian di seluruh Malaysia mempunyai peranan yang sama iaitu;
1. mengembangkan ilmu al-Quran kepada seluruh rakyat di negara ini
khususnya pelajar-pelajar.

2. Melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan al-Quran, berilmu, beramal dan bertakwa dan efisyen tentang isi kandungan al-Quran serta dapat merealisasikan dalam masyarakat.

3. Menyediakan kemudahan mengkaji al-Quran dan mempelajari Ulum al-
Quran.

4. Menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkan Ulum Al-
Quran kepada masyarakat.

5. Melahirkan individu yang mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh,
bertakwa kepada Allah s.w.t. dan berakhlak mulia dan menjadi rujukan masayarakat

6. Memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang
penyelewengan.

7. Menyediakan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
samada di dalam atau luar negara.











PERATUS CARA BACAAN QIRAAT DI SELURUH NEGARA

Bolehlah disimpulkan sebegini:

Qiraat Naafi’ bin Abd Rahman melalui riwayat Qaaluun terdapat di Libya dan sebahagian di Tunisia (0.7%).
Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair, Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di Sudan(3%).

Qiraat Abu ‘Amru al-Basri terdapat disebahagian wilayah di Sudan (0.3%)

Qiraat Ibn ‘Aamir al-Dimasyqi terdapat di Yaman (1%)

Dan selain daripada itu, kesemuanya mengamalkan Qiraat ‘Aasim bin Abi Najud melalui riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi.(95%)


Bagi bacaan Imam Hamzah dan Imam Kisaie sudah pun pupus dalam ertikata tidak ada lagi masyarakat atau kumpulan yang mengamalkannya. Walaupun begitu kedua-dua bacaan ini masih lagi dipelajari di Institusi yang menawarkan pelajaran ilm Qiraat agar tidak pupus ditelan zaman.
















KESIMPULAN

Sesungguhnya al-Quran itu Kalam Suci, kata-kata Allah yang mesti dijaga dan dipelajari cara bacaan yang betul. Pembacaannya juga hendaklah secara tartil, sepertimana firman Allah yang telah dinyatakan di atas. Oleh amat wajarlah setiap umat Islam mempelajari ilmu tajwid dengan bersungguh-sungguh demi menghormati dan menjaga kesucian Kalamullah, mudah-mudahan pembelajaran ilmu tajwid akan dapat memperelokkan lagi pembacaan al-Quran.
Akhir kata, hendaklah kita sama sama berganding bahu dalam usaha memantapkan ilmu qiraat dan juga mengembangkannya kepada seluruh mesyarakat di Negara kita dan di serata alam.

BAB 2

BAB 2 :
TAHAP PENGGUNAAN QIRAAT DI MALAYSIA

Setelah wujudnya maahad taafiz dan darul quran di Malaysia pada 1966 atas gesaan perdana menteri Malaysia pada ketika itu, pengajian qiraat mula memperlihatkan peningkatan apabila semakin banyak sekolah-sekolah swasta mula berkembang.
Akan tetapi tidak seperti seni-seni lain,pengajian qiraat di Malaysia tidak mempunyai banyak pelantar-pelantar supaya pengajian qiraat ini dapat diperdengarkan. Antara pelantar untuk memperdengarkan qiraat hanyalah dipertandingan tilawah peringkat negeri dan kebangsaan sahaja.
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan pengasas Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun 1961. Kali pertama diadakan ialah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada tahun 9 Mac 1961 dan disertai oleh 7 negara iaitu Singapura, Brunei, Thailand, Sarawak, Indonesia, Filipina dan Malaya dengan 13 orang peserta mengambil bahagian.Dahulunya dikenali sebagai Majlis Musabaqah Al Quran Peringkat Antarabangsa.
Pada tahun 1985 Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa itu telah diubah lokasinya ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Di sini dinukilkan secara ringkas nama- nama pemenang dalam pertandinagn majlis tilawah al quran dari tahun 2000 hingga tahun 2010, yang mana telah menjadikan ilmu qiraat merupakan suatu ilmu yang patut diamalkan dalam kehidupan kita seharian
QARI

(2000) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Malaysia)
(2001) : En. Mas'ud Sayah Gorji (Iran)
(2002) : En. BAkri Waru (Indonesia)
(2003) : En. Ahmad Faizul Ghazali (Malaysia)
(2004) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Malaysia)
(2005) : En. Indra Gunawan (Indonesia)
(2006) : En. Hossein Saeid Rostami Tabrizy (Iran)
(2007) : En. Aziz Mustakim (Malaysia)


(2008) : Tuan Haji Mu'min Mubarok (Indonesia)
(2009) : En. Usamah Abdullah (Iraq)
(2010) : En. Hani Abdel Aziz Ahmed (Mesir)
QARIAH
(2000) : Puan Isniarah Bantayao (Filipina)
(2001) : Puan Hajjah Pasiah Hashim (Malaysia)
(2002) : Dayang Hajjah Aminah Haji Abd Manaf (Brunei)
(2003) : Puan Hajjah Djihadiah Badar (Indonesia)
(2004) : Puan Nurhidayah Sulaiman (Indonesia)
(2005) : Puan Faizah Mohd Husain (Malaysia)
(2006) : Puan Sainab Abdulromee (Thailand)
(2007) : Puan Amnah Ayub (Malaysia)
(2008) : Puan Fatimoh Ha'Ra'Ti (Thailand)
(2009) : Cik Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd. Badiuzzaman (Malaysia)
(2010) : Puan Samia Khanan (Pakistan)

Namun selepas tahun 90-an banyak pelantar telah ini perkenalkan. Ini kerana seni qiraat ini telah mula menrik minat ummat islam yang mula celik al-quran.antara pertandingan yang telah terkenal sekarang ialah:
1.pertandingan tilawah peringkat negeri
2. pertandingan tilawah peringkat kebangsaan
3. pertandingan tilawah peringkat antarabangsa
4.pertandingan tilawah al-quran sekolah-sekolah agama wilayah persekutuan
5. pertandingan tilawah al-quran TNB
6. pertandingan tilawah al-quran kementerian pendidikan Malaysia
7. pertandingan tilawah al-quran angkatan tentera Malaysia
Akan tetapi, di Malaysia qiraat hanya diperdengarkan di majlis-majlis seperti ini,jadi pengunaan qiraat tidak dapat berkembang pesat seperti di Negara-negara lain.


Walaupun ilmu ini telah diusahakan sejak dari tahun 60 an supaya dapat diamalkan akan tetapi disebabkan sikap malu yang tidak bertempat, kurangnya kecekapan dan pemantapan maka sehingga kini masih ramai rakyat di Negara ini masih belum tahu kepentingan dan cara untuk mengamalkannya.
BAKU YANG TELAH DITERBITKAN UNTUK PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT
Di sini dinukilkan beberapa buah buku yang telah dijadikan sebagai rujukan dalam mempermudahkan kepada orang ramai di Negara kita untuk memahami ilmu qiraat ini
Buku mengenai ilmu tajwid, yang bertajuk “ Mir’atul Quran fi Tashili Ma’rifati Ahkamit Tajwid lil Mulkil Wahhab” dihasilkan pada tahun 1193H bersamaan 1779M adalah tarikh terawal mengenai ilmu itu yang ditulis dalam bahasa Melayu. Beliau juga telah mengambil kitab tafsir Bahasa Melayu “Turjumanul Mustafid”, Karya Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri yang merupakan terjemahan dan tafsir al-Quran yang pertama dalam bahasa Melayu. Buku ilmu tajwid karya Ibnu Syeikh Abdul Mu’ti ini telah disalin semula oleh Tuan Guru Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Terengganu bermula pada tahun 1235H (1819) dan disiapkan pada tahun 1265H bersamaan 1848M.
Susunan Mir’atul Quran karya beliau mengandungi hukum-hukum tajwid yang
biasa dibicarakan dalam kitab-kitab lain dan membicarakan fasal-fasal dan beliau mula
membandingkan wajah-wajah bacaan imam-imam qiraat yang terkenal seumpama Syeikh Hafas, Syeikh Qalun, Syeikh Nafi’, Syeikh Abu Umar, Syeikh Ibnu Katsir, Syeikh Ibnu ‘Amir, Syeikh Kisa-I, Syeikh ‘Asim dan ramai lagi.
Mengikut sejarah perkembangan ilmu tajwid, penyusun ilmu tajwid yang pertama dalam bahasa Melayu adalah seorang ulamak yang bernama Muhammad Salih bin Ibnu Mu’ti bin Syeikh Muhammad Salih al- Kalantani. Asal usulnya tidak diketahui tetapi mengikut sejarah nama di akhir adalah al-Kalantani, berkemungkinan beliau berasal dari kelantan.( nama ini terdapat dalam sebuah buku karya beliau ).

PENDAHULUAN DAN BAB 1

PENDAHULUAN

Pada tahun 60’ an, Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat melayu kerana ia tidak diperkenalkan secara meluas di negara kita, sedangkan ia berkembang dengan meluasnya pada zaman Rasullullah s.a.w dan selepasnya. Tetapi hakikatnya, ilmu Qiraat bukannya suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, malah al-Qur’an yang dibaca sekarang adalah sebahagian daripada ilmu Qiraat itu sendiri.

Pengajian tilawah al-Quran di Malaysia berjalan seiring dengan perkembangan dakwah Islam yang telah sampai di gugusan nusantara sejak sekian lama dahulu. Ketika itu, pengajian tilawah al-Qur’an hanya diajar oleh para ulama’ dan guru-guru agama melalui institusi pondok, madrasah atau rumah kediaman mereka tetapi masih tidak diketahui umum.

Setelah negara mencapai kemerdekaan sekolah-sekolah rasmi kerajaan pula turut menyediakan pengajian yang berhubung dengan tilawah al-Qur’an dan perkara yang melibatkan ilmu Qiraat tidak di perluaskan.
Ini adalah kerana keutamaan dalam mempelajari bacaan al-Quran adalah membaca beserta dengan tajwid dan menjadi kewajipan bagi guru-guru al-Qur’an memberi penekanan serta tumpuan kepada kaedah bacaan al-Qur’an beserta tajwid.
Seperti mana yang di utarakan oleh Imam Ibnu al-Jazari :

والأخذ بالتجويد حتم لازم * من لم يجود القرآن آثم
لأنه به الإلـه أنـزل * وهكذا منه إلينا وصلا

Maksudnya:
Mengamalkan tajwid itu ( ketika membaca al-Qur’an ) satu kewajipan,
Sesiapa yang tidak mengelokkan bacaan (membaca al-Qur’an beserta tajwid) adalah berdosa,
Kerana beserta tajwidlah Tuhan menurunkan alQur’an,
Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan.

Keghairahan masyarakat Islam di Malaysia mempelajari seni ilmu bacaan al-Qur’an ini pada asalnya berapa ketara kerana tidak mengetahui akan kepentingan ilmu ini, oleh itu usaha demi usaha telah dilakukan agar rakyat di Malaysia dapat mempelajari dan mengamalkan ilmu ini dengan seluas- luasnya.



BAB 1:
DEFINISI ILMU QIRAAT :

i) Nama : Ilmu Qiraat

ii) Definisi : Membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Qur’an dan keadaan kalimah tersebut seperti panjang, pendek bacaan serta perubahan yang akan diterangkan selepas ini.


iii) Sumber : Dari sunnah dan ijma’ ulama’

iv) Faedahnya : Memelihara daripada kesilapan ketika menyebut kalimah-kalimah al-Qur’an dan juga menjadi dalil dan hujah kepada fuqaha’ dalam mencari hukum-hukum syara’ sebagai panduan kepada umat Islam.


v) Objektif : Mengetahui bacaan Imam-imam Qiraat sekaligus memahami apakah yang dimaksudkan “ tujuh huruf”

vi) Kelebihan : Semulia-mulia ilmu kerana mempunyai hubung-kait dengan al-Qur’an.


vii) Hukum : Fardu kifayah.


SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA
Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat melayu kerana ia tidak diperkenalkan secara meluas di negara kita, sedangkan ia berkembang dengan meluasnya pada zaman Rasullullah s.a.w dan selepasnya. Tetapi hakikatnya, ilmu Qiraat bukannya suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, malah al-Quran yang dibaca sekarang adalah sebahagian daripada ilmu Qiraat itu sendiri.

Pengajian tilawah al-Quran di Malaysia berjalan seiring dengan perkembangan dakwah Islam yang telah sampai di gugusan nusantara sejak sekian lama dahulu. Ketika itu, pengajian tilawah al-Qur’an hanya diajar oleh para ulama’ dan guru-guru agama melalui institusi pondok, madrasah atau rumah kediaman mereka.
Setelah negara mencapai kemerdekaan sekolah-sekolah rasmi kerajaan pula turut menyediakan pengajian yang berhubung dengan tilawah al-Quran dan perkara yang melibatkan ilmu Qiraat tidak di perluaskan.
Ini adalah kerana keutamaan dalam mempelajari bacaan al-Quran adalah membaca beserta dengan tajwid dan menjadi kewajipan bagi guru-guru al-Quran memberi penekanan serta tumpuan kepada kaedah bacaan al-Quran beserta tajwid.
Seperti mana yang di utarakan oleh Imam Ibnu al- Jazari
Maksudnya:
“Mengamalkan tajwid itu ( ketika membaca al-Qur’an ) satu kewajipan, Sesiapa yang tidak mengelokkan bacaan (membaca al-Qur’an beserta tajwid) adalah berdosa, Kerana beserta tajwidlah Tuhan menurunkan al-Qur’an, Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan”.
Justeru itu pengetahuan terhadap ilmu Qiraat ini di ketepikan dahulu agar masyarakat dapat membaca dengan betul sebelum mendalami ilmu Qiraat ini. Di samping itu juga, pengetahuan sebegini sebahagian besarnya hanya mampu di pelajari di Timur Tengah seperti Mesir, Syiria, Arab Saudi dan sesetengah negara arab yang lain maka timbullah masalah kekurangan pakar-pakar yang khusus dalam bidang ini untuk menerangkan kepada masyarakat pengetahuan tentang ilmu ini.
Keghairahan masyarakat Islam di Malaysia mempelajari seni ilmu bacaan al- Quran ini semakin meningkat. Ini terbukti dengan adanya sambutan yang menggalakkan terhadap kelas-kelas pengajian al-Quran samada dibawah kerajaan, swasta mahu pun persendirian. Walaupun begitu, sebahagian besar kelas-kelas tersebut masih lagi belum memperkenalkan ilmu Qiraat ini kerana lebih menekankan kepada memperbetul dan memperelokkan bacaan

Masyarakat Islam di Malaysia mula memahami bahawa bacaan yang mereka pelajari selama ini adalah bacaan daripada riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi melalui majlis-majlis dan tilawah al-Quran yang sebahagian besarnya menonjolkan identiti bacaan ini sekaligus memperkenalkan kepada masyarakat Islam di Malaysia bahawa bacaan yang dipersembahkan adalah mengikut bacaan riwayat Hafs bin Sulaiman al- Khufi sepertimana yang mereka amalkan sebelum ini.
Disamping itu, dengan timbulnya beberapa Maahad Tahfiz samada dibawah kerajaan atau pun swasta yang mengambil sukatan pelajaran daripada Universiti Al- Azhar, Kaherah telah membuka sedikit ruang kefahaman masyarakat Islam di Malaysia tentang ilmu Qiraat yang mana sebelum ini pengetahuan sebegitu hanya tertumpu kepada individu-individu tertentu sahaja. Sukatan pelajaran yang diambil adalah diantaranya mempelajari bacaan Qiraat melalui aliran al-Syatibiah dengan menggunakan matan al- Hirzu al-Amaani Wa al-wajhu al-Tahaani.
Justeru itu, penggunaan aliran al-Syatibiah bagi riwayat Hafs bin Sulaiman al- Khufi ini semakin popular dan terkenal dengan adanya sistem pelajaran yang sebegini dan ramainya lepasan-lepasan pelajar dari maahad-maahad tahfiz. Hakikatnya, sebelum aliran al-Syathibiah ini dikenali oleh masyarakat Islam di Malaysia sememangnya mereka sudah pun membaca mengikut aliran ini tanpa mereka sedari.
Penubuhan Darul Quran (Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat) bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara.
Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai
salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur








Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966. Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, pada tahun 1972 dan ianya diberi nama “Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat”.
Awal tahun 1979 Maahad Tahfiz ini diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur dan dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983. Sehinggalah pada tahun 1984 Maahad Tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri.
Pada Tahun 1992 Maahad Tahfiz ini kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. Pada Tahun 1994 pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14 Sg. Semungkus Hulu Langat Selangor. Pada tahun 1997 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran Akhirnya pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan juga di setiap negeri samada di bawah kerajaan persekutuan, negeri atau persendirian di seluruh Malaysia, seperti Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Shah Alam Selangor, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong Kelantan dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN Perak. Peranannya adalah sama iaitu mengembangkan ilmu al-Quran kepada seluruh rakyat di negara ini khususnya pelajar-pelajar.

MINI TESIS SEJARAH PENGKEMBANGAN DAN PENGGUNAAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA

SEJARAH PENGKEMBANGAN DAN PENGGUNAAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA





MOHD SOFIAN BIN ZAHIR (M101185719)
MUHAMMAD MURSYID BIN MD HAMZAH (M101182119)
MUHAMMAD AMINUDDEEN BIN YUSOF (M101182018)
MOHD FARHAN BIN ABD HALIM (M101122519)
MOHD HAFSAN BIN ISMAIL (M101181619)
MUHAMMAD ASHRAF BIN AHMAD RAFIK (M101144019)




USTAZ MOHD ZAKI BIN ABD HAMID
MADAH QIRAAT ILMIYAN
Kolej Universiti Insaniah
Kulliyyah Al-Quran
(K.U.I.N)
2O10

PENGAKUAN

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang tiap-tiap satunya telah di jelaskan sumbernya.








29 OKTOBER 2010

KETUA KUMPULAN,

Tandatangan :………………………..

Nama : MOHAMMAD AMINUDDEN BIN YUSOF
No.IC : 860825-02-5681

SEJARAH PENGKEMBANGAN DAN PENGGUNAAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA






Tesis Ini Dikemukakan Untuk Memenuhi
Sebahagian Daripada Syarat Untuk Memperolehi Markah Persendirian Bagi Madah qiraat ilmiyan.










Kolej Universiti Insaniah
Kulliyyah Al-Quran
(K.U.I.N)
2O10
PENGHARGAAN

الحمد لله رب العالمين وبه نستعين وصلاة والسلام على سيد الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه
أجمعين.

Segala puji bagi tuhan yang menurunkan al-Quran.yang menjadikannya sebagai pedoman dan ikutan, yang menjadikannya sebagai bacaan yang penuh keberkatan,yang menjadikannya sebagai petunjuk sepanjang zaman dan yang menjadikannya sebagai syafaat di hari kemudian. Selawat serta salam atas junjungan Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad s.a.w, serta mereka yang beriman kepadanya dengan penuh keyakinan

Kami bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan segala nikmat yang yang telah diberi, berkat dorongan pensyarah, rakan dan ibu-bapa, menguatkan keazaman dalam diri, untuk berkongsi sedikit ilmu yang telah dicari, sebagai khidmat dan bakti daripada diri ini maka dengan taufiq dan keizinan daripada ilahi, maka berjayalah kami menyiapkan kerja kursus ini.

Kerja kursus ini telah disusun dengan bahasa yang mudah, disertakan dalil untuk dijadikan hujjah, semoga ia dapat memberi faedah kepada mereka yang mempunyai masalah hati dalam mendekatkan diri kepada Allah. Jika terdapat silap dan salah, pada susunan ayat atau istilah, tolonglah kami memperbetulkan yang salah, dengan memaklumkan cara yang berhikmah lagi berhemah. Segala kesempurnaan adalah milik Allah taala, manakala kekurangan itu adalah dari diri kami yang lemah.


Ya Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau tahu apa yang ada dalam diri kami, sedangkan kami tidak tahu apa yang ada dalam diriMu, maka ampunkanlah lintasan jahat hati kami, ketika menyusun setitis ilmu yang Engkau berikan pada kami, jadikanlah ia sesuatu yang bermanfaat bagi diri kami, sama ada semasa hidup atau mati kami, lebih-lebih lagi ketika bertemu denganMu. Demikian juga kedua ibu-bapa kami ,rakan-rakan kami tidak lupa juga guru kami USTAZ ZAKI BIN ABD HAMID , yang mendidik diri kami dalam mencari redha-Mu. Amin….
Waakhiran, wassalam .







Editor,

…………………………………………….
(MOHD SOFIAN BIN ZAHIR)
Mahasiswa Kulliyyah Al-Quran,
Kolej Universiti Insaniah,
Kedah Darul Aman.


ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN 1
BAB 1 :DEFINISI ILMU QIRAAT 2
1.1: SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT 2
BAB 2 : TAHAP PENGGUNAAN QIRAAT DI MALAYSIA 6
2.1: BUKU YANG TELAH DITERBITKAN UNTUK PERKEMBANGAN
ILMU QIRAAT 8
BAB 3 : CARA MEMPERKEMBANGKAN LAGI QIRAAT DI MALAYSIA 9
3.1: PIHAK YANG TERLIBAT 9
3.2: PERATUS CARA BACAAN QIRAAT DI SELURUH NEGARA 12
KESIMPULAN 13
BIBLIOGRAFI 14

Saturday, October 30, 2010

BAB YA ZAWAID

-Pada bab Ya Zawaid, Imam Yaakub akan mengithbatkan hurufya (ي) sama ada ketika waqaf ataupun wasal.

Contoh:
i. (تَنْظُرُونِ) dibaca (تَنْظُرُونِى)
ii. (فَارْهَبُونِ) dibaca (فَارْهَبُونِى)
iii. (فَاتَّقُونِ)dibaca (فَاتَّقُونِى)

Dan seumpamanya di dalam al-Quran kecuali kalimah(يَتَّقِ) di dalam surah Yusuf, huruf Ya (ي) tersebut dihazafkan.

BAB YA IDOFAH

-Abu Jaafar akan menghidupkan (membariskan) huruf YaIdofah (ي) yang sukun (ﹿ) apabila bertemu dengan huruf hamzah Qato’(ﺀ) samaada:

a)Hurufhamzah (ﺀ) tersebut berbaris atas ﹷ

أَعْلَمإِنِّي dibaca أَعْلَمإِنِّيَ


b)Hurufhamzah (ﺀ) tersebut berbaris bawah ﹻ

كُنْتُمْإِنْبَنَاتِي dibaca كُنْتُمْإِنْبَنَاتِيَ


c)Hurufhamzah (ﺀ) tersebut berbaris depan ﹹ

أُعِيذُهَاإِنِّي dibaca أُعِذُهَاّإِنِّيَ


DalambabYaIdofah, Imam YaakubakanmembacasepertiriwayatHafsiaitudisukunkan (ﹿ); tidaksepeririwayat Abu ‘Amru yang membariskan (ﹹﹻﹷ)-samaadahurufhamzahQato’ tersebutberbarisatas (ﹷ), bawah (ﹻ) ataudepan (ﹹ).

Contoh:
أَعْلَمُإِنِّيَ , إِنْبَنَاتِي, أُعِيذُهَاإِنِّي

BAB AR-RA’ , AL-LAM DAN WAQAF ‘ALA MARSUM

-(ALIFF) Abu Jaafar membaca seperti mana Qalun.
-Imam Yaakub akan menbaca dengan saktah Ha (ﻫ) pada kalimah-kalimah berikut ketika waqaf:
1.(يَاأَبَتِ) dibaca (يَاأَبَهْ)
2.Min al-lstifham (م)

Contoh:
لِمِ dibaca لِمِهْ
عَمَّ dibaca عَمَّهْ
فِيمَ dibaca فِيمَهْ
مِمَّ dibacaمِمَّهْ
بِمَ dibaca بِمَهْ

Dhomir Mufrad Ghaib (الغَاءِبْ) sama ada muzakkar atau muannas
Contoh:
وَهُوَ dibacaوَهُوَهْ
وَهِيَ dibaca وَهِيَهْ
فَهُوَ dibaca فَهُوَهْ
فَهِيَ dibaca فَهِيَهْ
لَهُوَ dibaca لَهُوَهْ
لَهِيَ dibaca لَهِيَهْ

Kalimah yang mempunyai Dhomir jama’ muannas dihujungnya (ﻬﻥ).
Contoh:
لَهُنَّ dibaca لَهُنَّهْ
بِهِنَّ dibaca بِهِنَّهْ
مِنْهُنَّ dibaca مِهُنَّهْ
عَلَيْهِنَّ dibaca عَلَيْهِنَّهْ
إِلَيْهِنَّ dibaca إِلَيْهِنَّهْ
أَبْصَارَهُنَّ dibaca أَبصَارَهُنَّهْ


Ya (ي) yang bertasydid (ﹽ) mabni lil mutakallim (لِلْمُتَكَلِّمْالْمَبْنِي).
Contoh:
عَلَيَّ diabaca عَلَيَّهْ
لَدَيَّ diabaca لَدَيَّهْ
إِلَيَّ diabaca إِلَيَّهْ
بِمُصْرِخِيَّ diabaca بِمُصْرِخِيَّهْ
بِيَدَيَّ diabaca بِيَدَيَّه

Wednesday, October 27, 2010

BAB NAQAL DAN SAKTAH DAN WAQAF PADA HAMZAH

1- Riwayat Ibnu Wardan rawi dari Imam Abu Jaafar akan memindahkan ( نقل ) huruf hamzah Qato’ pada kalimah ( الئن ) pada seluruh tempat di dalam al-Quran termasuk ( ءالئن ) di dalam surah Yunus.

2- Imam Kholaf akan memindahkan (naqal) kalimah ( وسئلوا ) dan ( فسئلوا ) yang terdapat di dalam al-Quran menjadi ( وسلوا ) dan ( فسلوا )

3- Untuk manhaj Imam Kholaf tiada bacaan saktah samada saktah ‘ال’ , saktah ‘شىء’ ataupun Saktah Mafsul. Begitu juga tiada perubahan bacaan huruf hamzah ketika waqaf.

MOHD HAFSAN BIN ISMAIL
M101181619

BAB HAMZAH MUFRAD

1 -Abu Jaafar akan mengibdalkan huruf hamzah (ء) sama ada huruf hamzah (ء) tersebut terletak atas wazan fa (ف) fe’el atau ‘ain (ع) fe’el atau lam (ل) fe’el.

Contoh:
fa fe’el: ( يؤمنون) dibaca ( يومنون )
‘ain fe’el: (البأس) dibaca (الباس )
Lam fe’el: (جئت) dibaca (جيت )

-Sekiranya huruf hamzah berbaris atas (fathah) dan huruf sebelumnya berbaris depan (dhommah) , maka huruf hamzah akan diibdalkan menjadi huruf wau (و).

Contoh:
i) ( يؤيد ) dibaca ( يويد)
ii) (يؤلف ) dibaca (يولف)
iii) (مؤجل) dibaca (موجل)
iv) (مؤذن )dibaca (موذن)
*Abu Jaafar akan mengibdalkan hamzah mufrad pada kalimah-kalimah di atas dimana sahaja didalam al-quran.



-Sekiranya huruf hamzah berbaris atas (fathah) dan huruf sebelumnya berbaris bawah (kasrah) , maka diibdalkan hamzah mufrad menjadi huruf ya (ي).
Contoh:
i) (قرئ ) dibaca (قري) = surah al-A’raf dan al-Insyiqaq
ii) (استهزي) dibaca (استهزى ) = surah al-An’am, ar-Ra’du dan al-Anbiya’
iii) (ناشئة) dibaca (ناشية) = surah al-Muzammil
iv) (رئاء ) dibaca (رياء) = surah al-Baqarah, an-Nisa’, dan al-Anfal
v) (لنبوئنهم )dibaca (لنبوينهم) = surah an-Nahl dan al-Ankabut)
vi) (لنبطئن ) dibaca (لنبطين) = surah an-Nisa’
vii) (شانئك ) dibaca (شانيك) = surah al-Kauthar
viii) (خاشئا ) dibaca (خاشيا) = surah al-Mulk

2 -Imam Yaakub akan membaca dengan hamzah setiap apa yang diibdalkan oleh riwayat Susi iaitu membaca secara tahqiq pada hamzah mufrad.

Contoh: ( البأس ) ( جئت ) ( يؤمنون )

*Begitu juga kalimah-kalimah berikut yang terdapat di dalam al-Quran, Imam Abu Jaafar akan membaca dengan ibdal, manakala Imam Yaakub akan membaca dengan tahqiq :

i) ( خاطئة )ataupun ( الخاطئة )= dibaca ( الخاطية , خاطية )
ii) (ملئت ) = dibaca (مليت)
iii) ( مئتين ) atau ( مئة ) = dibaca ( ميتين )atau ( مية )
iv) (فئة) , (فئتين),( فئتين) = dibaca ( فيتين ) , ( فيتان ) , ( فية)


*Kalimah di bawah ini adalah huruf hamzahnya dihazaf (dibuang) dan digantikan dengan huruf mad yang sesuai dengan barisnya pada seluruh al-Quran.
i) ( مستهزءون ) dibaca ( مستهزون ) dan kalimah yang seumpama dengannya seperti الصائبون ) (مالكون ) ( متكئون )).
ii) ( متكئا ) ( تطئو ) ( يطئو ) juga dihazafkan huruf hamzahnya.
iii) ( مستهزئين ) ( متكئين ) ( خاطئين ) ( الخاطئين ) juga dihazafkan huruf hamzahnya.


MOHD HAFSAN BIN ISMAIL
M101181619

Thursday, October 21, 2010

IDGHAM SOGHIR

Dalam bahagian Idgham Soghir, Yaakub membaca dengan idzhar pada semua keadaan, iaitu:

o Pada Dzal (ذ) Idz (اذ).

o Pada Dal (د) Qad (قد).

o Pada Ta’ Ta’nis (ت).

o Pada Lam (ل) Hal(هل) dan Bal (بل).

Kecuali pada kalimah (اخذت) atau (اخذتم), membaca dengan idgham.

Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham Soghir:

واظهر اذ مع قد وتاء مؤنث

(ا)لا (ﺤ)ـز وعند لثاء للتاء (ف)ـصلا

وهل بل فتى هل مع ترى ولبابغا

نبذت وكاغفرلي يرد صاد (ﺤ)ـﻭلا

واخذت (ط)ـل


KHOLAF
1-Imam kholaf megidzharkan huruf ta’ ta’nis (ت) apabila bertemu dengan huruf tha’(ث) seperti (كذبت ثمود) dan membaca dengan idgham apabila bertemu dengan baki huruf yang lain, iaitu huruf ج, ظ ز, ص, س.

Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham Soghir :
وعند الثاء للتاء (ف)ـصلا

2-Bagi Idgham Soghir dalam bab Lam (ل) (هل) dan بل)), Kholaf membaca dengan idzhar sama ada (بل) bertemu dengan huruf(س ,(هل) bertemu ث atau (هل) dan (بل) bertemu huruf ت.

Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham soghir :
وهل بل (ف)ـتى

3-Imam Kholaf akan membaca dengan idzhar apabila huruf tha’ (ث) bertemu dengan huruf ta’ (ت), seperti (اورثتموها) pada seluruh al-Quran. Begitu juga pada kalimah (لبثت) dan (لبثتم).

Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham soghir :
اورثتم (ﺤ)ـمى (ف)ـد لبثت عن ـهما

4-Kholaf membaca dengan idgham pada huruf nun (ن) yang terdapat pada awal surah Yasin dan surah al-Qalam, iaitu (ن القلم) dan (يس والقران الحكيم). Kholaf juga mengidghamkan huruf sin (س) yang bertemu dengan huruf mim (م) pada (طسم) di awal surah as-Syu‘ara’ dan al-Qasas.

Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham soghir :
ويسن نون ادغم (ف)ـدا (ﺤ)ـط وسين مي ـم فز

5-Kholaf membaca dengan idzhar pada kalimah (اركب معنا) di dalam surah Hud.

MOHD FARHAN BIN ABDUL HALIM
M101122519