Friday, September 24, 2010

Bab Dua Hamzah dalam Satu Kalimah

لثانهما حقق يمينا وسهلن بمد اتى والقصر فى الباب حللا

ءامنتم اخبر طب وانك لانت اذ اان كان فد واسال مع اذهبتم اذ حلا

واخبر فى الاولى ان تكرر اذ سوى اذا وقعت مع اول الذبح فاسلا

وفى الثان اخبر حط سوى العنكب اعكسا وفى النمل الاستفهام حم فيهما كلا


> ruh mentahqiqkan hamzah yang kedua dari kedua dua hamzah pada satu kalimah sama ada bersamaan pada barisnya ataupun tidak, contoh; ( اأنذرتهم ) dan ( أإنا).

> Abu Jaafar membaca tashil pada hamzah yang kedua dengan meletakkan huruf alif di antara keduanya ( أىءمة ). Tetapi Yaakob membaca dengan tashil tetapi tanpa alif.

> pada kalimah ini ( ءأمنتم ) ruh membuat dengan tiga cara iaitu dengan menghazafkan alif istifham dan mengekalkan hamzah yang pertama dan kemudiannya mengatofkannya menjadi krobar.

>Abu Jaafar membaca dengan satu alif pada kalimah ( لأنت ) seperti mana ibnu kasir. Dan begitu juga dengan Kholaf membaca dengan satu alif pada ayat ini ( أأن كان ).

>Abu Jaafar dan Yaakob membaca dengan empat wajah pada ayat ini ( طيبتكم أأذهبتم ) iaitu tahqiqi, tashil, idkhal, dan adamuhu. maka abu jaafar membaca tashil bersama dengan idkhal adapun pula ruwais membaca dengan tashil tanpa idkhal dan begitu juga ruh membaca dengan tahqiq tanpa idkhal juga.

>yaakob membaca pada surah an naml, semua kedua dua hamzah sebagai istifham yang mana pada asalnya membaca qosar dan tashil pada riwayat ruwais dan tahqiq bersama qosar pada riwayat ruh.

(sofian)

No comments:

Post a Comment