Sunday, October 31, 2010

PENDAHULUAN DAN BAB 1

PENDAHULUAN

Pada tahun 60’ an, Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat melayu kerana ia tidak diperkenalkan secara meluas di negara kita, sedangkan ia berkembang dengan meluasnya pada zaman Rasullullah s.a.w dan selepasnya. Tetapi hakikatnya, ilmu Qiraat bukannya suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, malah al-Qur’an yang dibaca sekarang adalah sebahagian daripada ilmu Qiraat itu sendiri.

Pengajian tilawah al-Quran di Malaysia berjalan seiring dengan perkembangan dakwah Islam yang telah sampai di gugusan nusantara sejak sekian lama dahulu. Ketika itu, pengajian tilawah al-Qur’an hanya diajar oleh para ulama’ dan guru-guru agama melalui institusi pondok, madrasah atau rumah kediaman mereka tetapi masih tidak diketahui umum.

Setelah negara mencapai kemerdekaan sekolah-sekolah rasmi kerajaan pula turut menyediakan pengajian yang berhubung dengan tilawah al-Qur’an dan perkara yang melibatkan ilmu Qiraat tidak di perluaskan.
Ini adalah kerana keutamaan dalam mempelajari bacaan al-Quran adalah membaca beserta dengan tajwid dan menjadi kewajipan bagi guru-guru al-Qur’an memberi penekanan serta tumpuan kepada kaedah bacaan al-Qur’an beserta tajwid.
Seperti mana yang di utarakan oleh Imam Ibnu al-Jazari :

والأخذ بالتجويد حتم لازم * من لم يجود القرآن آثم
لأنه به الإلـه أنـزل * وهكذا منه إلينا وصلا

Maksudnya:
Mengamalkan tajwid itu ( ketika membaca al-Qur’an ) satu kewajipan,
Sesiapa yang tidak mengelokkan bacaan (membaca al-Qur’an beserta tajwid) adalah berdosa,
Kerana beserta tajwidlah Tuhan menurunkan alQur’an,
Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan.

Keghairahan masyarakat Islam di Malaysia mempelajari seni ilmu bacaan al-Qur’an ini pada asalnya berapa ketara kerana tidak mengetahui akan kepentingan ilmu ini, oleh itu usaha demi usaha telah dilakukan agar rakyat di Malaysia dapat mempelajari dan mengamalkan ilmu ini dengan seluas- luasnya.



BAB 1:
DEFINISI ILMU QIRAAT :

i) Nama : Ilmu Qiraat

ii) Definisi : Membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Qur’an dan keadaan kalimah tersebut seperti panjang, pendek bacaan serta perubahan yang akan diterangkan selepas ini.


iii) Sumber : Dari sunnah dan ijma’ ulama’

iv) Faedahnya : Memelihara daripada kesilapan ketika menyebut kalimah-kalimah al-Qur’an dan juga menjadi dalil dan hujah kepada fuqaha’ dalam mencari hukum-hukum syara’ sebagai panduan kepada umat Islam.


v) Objektif : Mengetahui bacaan Imam-imam Qiraat sekaligus memahami apakah yang dimaksudkan “ tujuh huruf”

vi) Kelebihan : Semulia-mulia ilmu kerana mempunyai hubung-kait dengan al-Qur’an.


vii) Hukum : Fardu kifayah.


SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA
Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat melayu kerana ia tidak diperkenalkan secara meluas di negara kita, sedangkan ia berkembang dengan meluasnya pada zaman Rasullullah s.a.w dan selepasnya. Tetapi hakikatnya, ilmu Qiraat bukannya suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, malah al-Quran yang dibaca sekarang adalah sebahagian daripada ilmu Qiraat itu sendiri.

Pengajian tilawah al-Quran di Malaysia berjalan seiring dengan perkembangan dakwah Islam yang telah sampai di gugusan nusantara sejak sekian lama dahulu. Ketika itu, pengajian tilawah al-Qur’an hanya diajar oleh para ulama’ dan guru-guru agama melalui institusi pondok, madrasah atau rumah kediaman mereka.
Setelah negara mencapai kemerdekaan sekolah-sekolah rasmi kerajaan pula turut menyediakan pengajian yang berhubung dengan tilawah al-Quran dan perkara yang melibatkan ilmu Qiraat tidak di perluaskan.
Ini adalah kerana keutamaan dalam mempelajari bacaan al-Quran adalah membaca beserta dengan tajwid dan menjadi kewajipan bagi guru-guru al-Quran memberi penekanan serta tumpuan kepada kaedah bacaan al-Quran beserta tajwid.
Seperti mana yang di utarakan oleh Imam Ibnu al- Jazari
Maksudnya:
“Mengamalkan tajwid itu ( ketika membaca al-Qur’an ) satu kewajipan, Sesiapa yang tidak mengelokkan bacaan (membaca al-Qur’an beserta tajwid) adalah berdosa, Kerana beserta tajwidlah Tuhan menurunkan al-Qur’an, Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan”.
Justeru itu pengetahuan terhadap ilmu Qiraat ini di ketepikan dahulu agar masyarakat dapat membaca dengan betul sebelum mendalami ilmu Qiraat ini. Di samping itu juga, pengetahuan sebegini sebahagian besarnya hanya mampu di pelajari di Timur Tengah seperti Mesir, Syiria, Arab Saudi dan sesetengah negara arab yang lain maka timbullah masalah kekurangan pakar-pakar yang khusus dalam bidang ini untuk menerangkan kepada masyarakat pengetahuan tentang ilmu ini.
Keghairahan masyarakat Islam di Malaysia mempelajari seni ilmu bacaan al- Quran ini semakin meningkat. Ini terbukti dengan adanya sambutan yang menggalakkan terhadap kelas-kelas pengajian al-Quran samada dibawah kerajaan, swasta mahu pun persendirian. Walaupun begitu, sebahagian besar kelas-kelas tersebut masih lagi belum memperkenalkan ilmu Qiraat ini kerana lebih menekankan kepada memperbetul dan memperelokkan bacaan

Masyarakat Islam di Malaysia mula memahami bahawa bacaan yang mereka pelajari selama ini adalah bacaan daripada riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi melalui majlis-majlis dan tilawah al-Quran yang sebahagian besarnya menonjolkan identiti bacaan ini sekaligus memperkenalkan kepada masyarakat Islam di Malaysia bahawa bacaan yang dipersembahkan adalah mengikut bacaan riwayat Hafs bin Sulaiman al- Khufi sepertimana yang mereka amalkan sebelum ini.
Disamping itu, dengan timbulnya beberapa Maahad Tahfiz samada dibawah kerajaan atau pun swasta yang mengambil sukatan pelajaran daripada Universiti Al- Azhar, Kaherah telah membuka sedikit ruang kefahaman masyarakat Islam di Malaysia tentang ilmu Qiraat yang mana sebelum ini pengetahuan sebegitu hanya tertumpu kepada individu-individu tertentu sahaja. Sukatan pelajaran yang diambil adalah diantaranya mempelajari bacaan Qiraat melalui aliran al-Syatibiah dengan menggunakan matan al- Hirzu al-Amaani Wa al-wajhu al-Tahaani.
Justeru itu, penggunaan aliran al-Syatibiah bagi riwayat Hafs bin Sulaiman al- Khufi ini semakin popular dan terkenal dengan adanya sistem pelajaran yang sebegini dan ramainya lepasan-lepasan pelajar dari maahad-maahad tahfiz. Hakikatnya, sebelum aliran al-Syathibiah ini dikenali oleh masyarakat Islam di Malaysia sememangnya mereka sudah pun membaca mengikut aliran ini tanpa mereka sedari.
Penubuhan Darul Quran (Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat) bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara.
Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai
salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur








Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966. Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, pada tahun 1972 dan ianya diberi nama “Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat”.
Awal tahun 1979 Maahad Tahfiz ini diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur dan dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983. Sehinggalah pada tahun 1984 Maahad Tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri.
Pada Tahun 1992 Maahad Tahfiz ini kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. Pada Tahun 1994 pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14 Sg. Semungkus Hulu Langat Selangor. Pada tahun 1997 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran Akhirnya pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan juga di setiap negeri samada di bawah kerajaan persekutuan, negeri atau persendirian di seluruh Malaysia, seperti Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Shah Alam Selangor, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong Kelantan dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN Perak. Peranannya adalah sama iaitu mengembangkan ilmu al-Quran kepada seluruh rakyat di negara ini khususnya pelajar-pelajar.

No comments:

Post a Comment