Saturday, September 25, 2010

Bab Hamzatain Min Kalimatain

Imam Abu Jaafar dan Ruwais membaca dengan tashil hamzah yang kedua pada semua tempat. Dan terdapat perbezaan antara bacaan Abu jaafar dengan Qalun.

Pada bait yang kedua, rawi Rauh sepakat membaca dengan tahqiq di semua tempat yang dibaca tashil oleh imam Abu Jaafar dan Ruwais.

Apabila bertemu dua huruf hamzah Qata’ yang berbeza baris dalam dua kalimah, maka Imam Ruwais akan baca seperti berikut:

- Seperti kalimah تفىءَ إِلى , huruf hamzah pertama berbaris fathah & huruf hamzah kedua berbaris kasrah, maka dibaca dengan tashil hamzah yang kedua.

- Seperti kalimah (جاءَ أُمة) , huruf hamzah pertama berbaris fathah & huruf hamzah kedua baris dhommah, maka dibaca dengan tashil hamzah kedua.

- Seperti kalimah (السفهاءُ أَلا), huruf hamzah pertama berbaris dhommah & huruf hamzah kedua baris fathah, maka dibaca dengan ibdal(tukar) hamzah kedua dengan huruf Wau(و) menjadi
(السفهاءُ وَلا).

- Seperti kalimah (من السماءِ أَوائتنا), huruf hamzah pertama berbaris kasrah & huruf hamzah kedua berbaris fathah, maka dibaca dengan ibdal(tukar) hamzah kedua dengan huruf Ya(ي) menjadi
(من السماءِ يَوائتنا)

- Seperti kalimah (يشاءُ إِلى), huruf hamzah pertama berbaris dhommah & huruf hamzah kedua baris kasrah, maka dibaca dengan dua wajah iaitu:

(1) Tashil huruf Hamzah kedua.
(2) Ibdal huruf hamzah kedua dengan huruf Wau(و) menjadi (يشاءُوِلى)

Imam Rauh baca dengan tahkik pada kedua-dua bahagian sama ada sama baris atau tidak sama.


Mohd Hafsan Bin Ismail
M101181619

Friday, September 24, 2010

Bab Dua Hamzah dalam Satu Kalimah

لثانهما حقق يمينا وسهلن بمد اتى والقصر فى الباب حللا

ءامنتم اخبر طب وانك لانت اذ اان كان فد واسال مع اذهبتم اذ حلا

واخبر فى الاولى ان تكرر اذ سوى اذا وقعت مع اول الذبح فاسلا

وفى الثان اخبر حط سوى العنكب اعكسا وفى النمل الاستفهام حم فيهما كلا


> ruh mentahqiqkan hamzah yang kedua dari kedua dua hamzah pada satu kalimah sama ada bersamaan pada barisnya ataupun tidak, contoh; ( اأنذرتهم ) dan ( أإنا).

> Abu Jaafar membaca tashil pada hamzah yang kedua dengan meletakkan huruf alif di antara keduanya ( أىءمة ). Tetapi Yaakob membaca dengan tashil tetapi tanpa alif.

> pada kalimah ini ( ءأمنتم ) ruh membuat dengan tiga cara iaitu dengan menghazafkan alif istifham dan mengekalkan hamzah yang pertama dan kemudiannya mengatofkannya menjadi krobar.

>Abu Jaafar membaca dengan satu alif pada kalimah ( لأنت ) seperti mana ibnu kasir. Dan begitu juga dengan Kholaf membaca dengan satu alif pada ayat ini ( أأن كان ).

>Abu Jaafar dan Yaakob membaca dengan empat wajah pada ayat ini ( طيبتكم أأذهبتم ) iaitu tahqiqi, tashil, idkhal, dan adamuhu. maka abu jaafar membaca tashil bersama dengan idkhal adapun pula ruwais membaca dengan tashil tanpa idkhal dan begitu juga ruh membaca dengan tahqiq tanpa idkhal juga.

>yaakob membaca pada surah an naml, semua kedua dua hamzah sebagai istifham yang mana pada asalnya membaca qosar dan tashil pada riwayat ruwais dan tahqiq bersama qosar pada riwayat ruh.

(sofian)

Monday, September 20, 2010

Bab Mad Walqos

ومدهم وسط وما انفصل اقصرن الا حز وبعد الهمز والللين اصلا


المد - عباره عن زياده مط فى حروف المد فاى الطبيعي

القصر - ترك تلك الزياده وهو متصل و منفصل


> Abu Jaafar dan Yaakob mengqosorkan mad muttasil tanpa khilaf dan imam kholaf membacanya dengan empat harkat pada kedua- dua mad.

> Abu Jaafar membaca qosar pada kesemua huruf mad sama ada selepasnya ada hamzah yang sabit atau mughayyir contoh ( أتى) dan ( وأتؤا) dan pada mad liin , Abu Jaafar membaca dengan qosar sahaja dengan mengsukunkan yaa atau waw diantara baris hamzah dan huruf hamzah.

(sofian)

Bab ha' kinayah

باب الهاء الكنا ية

وسكن يؤده مع نوله ونصله ونؤته والقه ال والقصر حملا
كيتقه زامدد جد وسكن به وير ضه جا وقصر حم والاشباع بجلا
وياءته اتى يسر وبالقصر طف وار جه بن واشبع جد وفى الكل فانقلا
وفى يده اقصر طل وبن ترزقانه وها اهله قبل امكثوا الكسر فصلا

Imam Jaafar mensukunkan haa kinayah pada lima perkataan seperti berikut:
1. يؤده اليك ) ( - dua tempat di dalam surah ali imran.

2. ( نوله ما تولي)- satu tempat di dalam surah an nisaa’.

3. (ونصله) - satu tempat di dalam surah an nisaa’

4. (منها ونؤته ) - dua tempat di dalam surah ali imran dan satu tempat di dalam surah as syuraa’

5. (فالقه ) - satu tempat di dalam surah an naml



> Imam Yaakob pula mengikhtilaskan haa pada kesemua tempat tersebut. Adapun ibnu jammaz pula mengikhtilaskan haa pada kalimah (يتقه) di dalam surah an nuur sahaja. Dan tetapi ibnu wardan pula mensukunkan haa pada kalimah tersebut.

>ibnu jammaz mensukunkan haa pada kalimah ini (وير ضه) dan adapun pula imam Yaakob mengqosorkannya. Dan imam wardan mengisbaa’kan serta mengdommahkan haa padanya dan kemudiannya mengatofkannya.

> Ibnu Jaafar dan ruh mengiisbaa’kan harkat haa pada kalimah (ومن ياءته مؤمنا ) pada surah toha kerana mengatofkan akan panjangnya. Akan tetapi ruwais mengqosorkan haa pada kalimah tersebut.

> Ibnu Wardan mengqosorkan haa pada kalimah ( ارجه ) satu tempat di dalam surah al a’raaf dan satu tempat pada surah as syuraa’.Ibna Jammaz seperti Warsy juga mengkasrahkannya pada kedua- dua tempat tersebut tetapi imam Yaakob seperti abu amru mengqosorkannya.

> Kholaf mengisbaa’kan harkat haa dengan dommah dan kasrah pada kesemua tempat di dalam al quran iaitu pada kalimah ( يؤده اليك ).

> Ruwais mengqosorkan haa pada kalimah ( بيده عقدة النكاح ) dan ( بيده فشربوا منه ) dua tempat dalam surah al baqarah dan satu tempat di surah mukminuun dan surah yasin pada ayat ( بيده ملكوت كل شئ قدير ).

>Ada pun Ibnu Wardan mengqosorkan haa pada ( ترزقانه ) di dalam surah yusuf dan kholaf pula mengkasrahkan haa pada dua tempat di dalam surah toha dan pada surah qosos iaitu pada ( لاهله امكثوا ).

(sofian)

Idgham kabir

لغه = ادخال

اصطلأح = ايصال حرف ساكن بحرف متحرك

كبيرا = لتأثيره في اسكان الحرف المتحرك قبل ادغامه

صغيرا= ما اختلف في ادغامه من الحرف السوكن نحو ذال اذ


1: Yaakob baca idgham mislain pada ayat (والصاحب بالجنب) dan izharkan selainnya

Dalil

ـط و(ﺤ) وبا الصاحب ادغم

2: Ruwais idgham dengan tanpa khilaf pada (فلأ انساب بينهم) surah mukminun dan

( نسبحك كثيرا)( ونذكرك كثيرا)( إنك كنت) pada surah thaha(طه)

Tetapi khilaf pada 9 tempat dalam surah nahli(النحل )

1: جعل لكم من أنفسكم
2: وجعل لكم من أزواجكم
3: وجعل لكم السمع
4: وجعل لكم من بيوتكم
5: وجعل لكم من جلود
6: وجعل لكم من الجبال
7: جعل لكم مما خلق
8: وجعل لكم سرابيل
9: لا قبل لهم

Khilaf 4 tempat pada surah najmi( النجم )

1: وأنه هو أضحك
2: وأنه هو أمات
3: وأنه هو رب الشعرى
4: وأنه هو أغنى
Khilaf 3 tempat pada al baqarah( البقره )

1: لذهب بسمعهم
2: الكتاب بأيديهم
3: لكتاب بالحق




3: Abu jaafar idgam pada ( لأ تأمنّا )

4: Ruwais idgham pada ( ثم تتفكروا ) ketika wasal

5: Yaakob idgham pada ( اتمدونني,تتمارئ )

6: Khalaf idgham pada (تتمارئ)

tetapi izhar pada (اتمدوننئ)( والصفت صفا)( فالزجرات زجرا)( فالتليت ذكرا)( المغيرات صبحا)

7: Ruwais idgham pada (تتفكرو)


(mursyid)

Bab basmalah dan ummul Quran

Bab basmalah dan ummul Quran
1: Abu Jaafar

membaca dengan basmalah pada semua surah dalam al Quran kecuali pada surah baraah dengan tanpa khilaf

dalil:

وبسمل بين سورتين ( أ ) ئمة

2: Yaakub

Tidak membaca basmalah antara dua surah ketika sambung atau berhenti


3: Khalaf

Tidak membaca basmalah antara dua surah ketika sambung atau berhenti


Ummul Quran

Perkataan maliki( ملك )

1:Yaakub dan Khalaf membaca dengan alif atas alasan menjadi isim fael(مالك)

2:Abi Jaafar membaca dengan tanpa alif kerana sifat musyabbahah(ملك)

Dalil

ومالك (ﺣ) ز (ف) ز



Perkataan sirot(الصراط) dan alaihim(عليهم)

1:Khalaf membaca dengan sod(ص) kerana terdapat perselisihan tentang nakirah dan maarifah pada sirot(الصراط) dan kasrohkan ya pada (عليهم,اليهم,لديهم)

2:Ruwais pula membaca dengan sin(س) kerana alasan wau fasilah(واو فاصله)=( السراط)

Dalil

وبالسين ( ط ) ب

3:Yaakob membaca dengan dhommah pada semua ha dhomir jama’, muzakkar, musanna dan muannas yang berada selepasnya ya sakin(عليهم)

4:Ruwais baca dengan dhommah pada semua kalimah yang ada ha dhomir jama’ yang sebelumnya ada ya jazam dan dibina atas amar

Terdapat 12 tempat dalam al Quran dan cuma satu dibaca dengan kasroh iaitu pada ha’(ومن يولهم)



Mim Jama’


1:Abu Jaafar dhommah mim jama’ seperti ibnu kasir jika sebelumnya berbaris

2:Yaakob dhommah mim jama’ dan ha’ selepasnya

3:Khalaf dhommah mim dan ha’ pada smua tempat seperti hamzah jika sebelumnya ada ya atau lam seperti(عليهم الذله)

(mursyid)

Saturday, September 18, 2010

Muqaddimah Ilmu Qiraat

Pengertian Qiraat

Al-Qiraat Adalah Kata Himpun (Jamak) Dari Perkataan Qiraah.
Al-Qiraat -
- Dari Segi Bahasa Bererti bacaan-bacaan,
- Dari Segi Istilah Ialah Satu Ilmu Untuk Mengetahui Cara Membaca Kalimah-Kalimah Al-Quran Sama Ada bacaan Tebal Atau Nipis,Panjang Atau Pendek Sehinggalah kepada Perbezaan Sebutan Huruf Pada lafaz-lafaz Al-Quran Itu Sendiri.

Sebagaimana Al-Quran,Begitu Juga Dengan Al Qiraat. Ia Diturunkan Dengan Lafaz Dan Nasnya. Ia Diturunkan Oleh Allah S.W.T ke Atas Rasulullah S.A.W Dan Disampaikan Kepada Kita Beserta Dengan Cara-Cara Membacanya Bertepatan Dengan Apa yang Diajarkan oleh Malaikat Jibril A.S. Perbezaan bacaan menurut Rawi-Rawi Adalah Bersandarkan Kepada Sanad Yang Sahih Yang Sampai Kepada Rasulullah S.A.W.


HUBUNGAN AL-QURAN DENGAN AL-QIRAAT


- Menurut Pendapat Imam badruddin Az-Zarkasyi Di Dalam kitab Al-Burhan,Al-Quran Dan Al-Qiraat Adalah Dua Hakikat Yang Berbeza. Al-Quran Adalah Wahyu Yang Diturunkan Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W Yang Menjadi Mukjizat Penerangan,Sedangkan Al Qiraat Pula Adalah Perbezaan Dari Segi Lafaz Sebutan Wahyu Dan Bagaimana Cara Membaca. Ia Mestilah Diambil Secara Talaqi Dan Musyafahah. Pendapat ini Disokong Oleh Sesetengah Ulamak Seperti Al Qastilaani Dan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Ad Dimyaati.

- Menurut Pendapat Doktor Muhammad Salim Muhaisin Pula, Al-Quran Dan Al Qiraat Itu Adalah Dua Hakikat Yang Satu. Ini Berdasarkan Kepada Pengertian Al Quran Dan Qiraat Yang Sama Dari Ambilan Masdar - (Qiraah).


TUJUAN :


Supaya Dapat Mengembangkan ilmu Qiraat Kepada Masyarakat Umum Agar Masyarakat Tidak Akan Keliru Atau Timbul Perselisihan Faham Antara Satu Sama Lain Mengenai Pembacaan Al-Quran. Terutamanya Kepada Para huffaz Di Malaysia

(aminuddeen)

Isti'azah

Dari Segi Bahasa Bermaksud :Berlindung
Dari Segi Istilah Bermaksud :Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan Allah kepada diri kita daripada syaitan yang di laknat

Kata الناظم Rahimullah : Jika Nak Baca Quran Tak Kira Waktu Tak Kira Tempat Katalah (Isti'azah)
Baca Kuat Pada Mula Ayat (Dalil) Surah An Nahl-98



Secara Umum Isti'azah Boleh Di Baca Dengan 3 Cara:

اعوذباالله من الشيطان الرجيم -

- اعوذباالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

اعوذباالله من الشيطان -




Pendapat Tentang Tambahanan Dalam Isti'azah :

-Kata Ahli Quran : Tidak Ada Tambahan Dalam Isti'azah,Tetapi Hadis Itu Doif.
Tetapi Lebih Soheh Hadis Riwayat Abu Daud Dari Abi Said Khudri.

Hadis :
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم اذا قام من اليل يقول :

اعوذباالله السميع العليم من الشيطا ن الرجيم ,من همزه ونفخه ونفثه


Terdapat Tempat Dibaca Perlahan :
- Ketika Pembaca Membaca Perlahan
- Ketika Solat
- Ketika Duduk Seorang
- Ketika Baca Berjemaah , dan Bukan Orang Pertama Yang Membaca.


Cara Baca Isti'azah Dan Basmallah Ada 4 :

- Berhenti Pada Isti'azah , basmallah Dan Awal Surah.
- Berhenti Pada Isti'azah Dan Sambungkan Basmallah Dengan Awal Surah.
- Sambung Isti'azah Dengan Basmallah Sahaja.
- Sambung Ketiga-Tiga Sekali.
(Muhammad Aminuddeen)